Quantcast
Channel: al-fanshuri
Viewing all 32 articles
Browse latest View live

Hikmah Dalam Menjawab

$
0
0


Membelek-belek kitab Majmu` Mawaa’idz wa Kalam al-Imam al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin ‘Umar BinSumaith رحمه الله تعالى. Maka terpanggil  al-fagir untuk berkongsi kisah di bawah untuk sama-sama direnungi.

Al-Habib Ahmad bin Umar BinSumaith رحمه الله تعالىmenyebut sebuah kisah:

Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Anshari رحمه الله تعالى pernah di tanyai seseorang tentang apakah dalilnya perbuatan orang-orang shufi yang meletakkan ridak mereka disebelah kiri?. Si penanya itu seakan-akan mengengkari perbuatan tersebut. Lalu Syeikh Zakaria al-Anshari رحمه الله تعالى bertanya kembali kepadanya: Apakah engkau telah mengetahui semua ilmu berkaitan dengan sunnah? Dia menjawab: Tidak. Syeikh Zakaria al-Anshari رحمه الله تعالى bertanya lagi: Apakah engkau telah mengetahui separuh daripadanya? Dia menjawab: Ya. Syeikh Zakaria al-Anshari رحمه الله تعالى berkata: Maka barangkali dalil mereka (kaum shufi mengenai perbuatan tersebut) dalam separuh (ilmu as-sunnah) yang tidak engkau ketahui itu! Dan Syeikh Zakaria al-Anshari رحمه الله تعالىberkata lagi kepadanya: Sesungguhnya kaum Tartar tatkala mereka memasuki kota Baghdad, mereka menghimpunkan semua kitab-kitab yang berada di kota Baghdad dan mencampakkannya ke dalam sungai Dajlah, maka barangkali dalil mereka itu (kaum shufi mengenai perbuatan tersebut) di dalam kitab-kitab yang hilang itu.– tamat petikan dari kitab Majmu` Mawaa’idz wa Kalam al-Imam al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin ‘Umar BinSumaith رحمه الله تعالى.

abu zahrah al-qadahi
lepas zohor, 11 Rajab 1434/21 Mei 2013
di rumah, taman sri gombak, selangor darul ehsan

Doa Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib كرم الله وجهه

$
0
0


Petikan dari Tazkirah an-Naas oleh al-Habib Abu Bakar ‘Atthos bin ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Zein al-Habsyi رحمه الله تعالى hal 185:


Telah berkata Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رضي الله عنه : Asy-Syeikh ‘Abdul Qaadir al-Jailani رضي الله عنه menyebut di dalam al-Ghunyah: Bahwasanya Sayyidina al-Imam ‘Ali bin Abi Tholib كرم الله وجههadalah beliau meluangkan waktunya (yakni memberi penumpuan yang lebih) untuk ibadah pada 4 malam dalam setahun, iaitu: malam pertama bulan Rajab, malam 2 hariraya, dan malam Nishfu Sya’ban, dan adalah daripada doanya beliau pada malam tersebut: 

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ مَصَابِيْحِ الْحِكْمَةِ، وَمَوَالِيْ النِّعْمَةِ، وَمَعَادِنِ العِصْمَةِ، وَاعْصِمْنِيْ بِهِمْ مِنْ كُلِّ سُوْءٍ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ عَلَى غِرَّةٍ، وَلاَ عَلَى غَفْلَةٍ، وَلاَ تَجْعَلْ عَوَاقِبَ أَمْرِيْ حَسْرَةً وَنَدَامَةً، وَارْضَ عَنِّيْ؛ فَإِنَّ مَغْفِرَتَكَ لِلظَّالِمِيْنَ، وَأَنَا مِنَ الظَّالِمِيْنَ.

Ya Allah, limpahkanlah sholawat ke atas Penghulu Kami Muhammad dan keluarga Baginda, lentera-lentera hikmah, pemberi nikmah dan sumber perlindungan. Lindungilah aku dari keburukan dengan berkat mereka. Janganlah Engkau ambil aku ketika aku sedang tertipu dan lalai, janganlah Engkau jadikan akhir segala urusanku kerugian dan penyesalan. Redhoilah aku, kerana sesungguhnya keampunnanMu bagi orang-orang yang zalim dan aku tergolong dari kalangan orang yang berbuat zalim. 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا لاَ يَضُرُّكَ، وَأَعْطِنِيْ مَا لاَ يَنْفَعُكَ، فَإِنَّكَ الوَاسِعَةُ رَحْمَتُهُ، اَلْبَدِيْعَةُ حِكْمَتُهُ، فَأَعْطِنِيْ السَّعَةَ وَالدَّعَةَ، وَالأَمْنَ وَالصِّحَّةَ، وَالشُّكْرَ وَالمُعَافَاةَ وَالتَّقْوَى، وَأَفْرِغِ الصَّبْرَ وَالصِّدْقَ عَلَيَّ وَعَلَى أَوْلِيآئِيْ فِيْكَ، وَأَعْطِنِيْ اليُسْرَ، وَلاَ تَجْعَلْ مَعَهُ العُسْرَ، وَأَعْمِمْ بَذَلِكَ أَهْلِيْ وَوَلَدِيْ وَإِخْوَانِيْ فِيْكَ، وَمَنْ وَلَدَنِيْ، مِنَ المُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ. اهـ.

Ya Allah, kurniakanlah keampunan bagiku kerana hal itu tidak memudharatkanMu, dan berilah aku apa yang tidak bermanfaat bagiMu, kerana sesungguhnya Engkau memiliki rahmat yang sangat luas dan hikmah yang menakjubkan. Maka berilah aku keluasan (rezeqi), kelembutan, keselamatan, kesihatan, rasa syukur, ‘afiat dan taqwa. Dan berilah aku kesabaran dan sikap shidq (jujur), juga kepada teman-temanku di jalanMu. (Ya Allah) berilah kepadaku kemudahan, dan jangan Engkau jadikan bersamanya kesusahan, begitu juga kepada keluargaku, anak-anakku dan saudara-saudaraku di jalanMu serta orang-orang yang melahirkan aku, dari kalangan kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. ~ tammat petikan -



~ abu zahrah al-qadahi ~

~ selasa, 2 sya’ban 1434/11 Jun 2013 ~

~ taman seri gombak ~

Akhlaq Dalam Menerima Teguran

$
0
0


Entri kali ini al-fagir ingin kongsikan sebuah kisah yang gambarkan akhlaq seorang ulama besar dari kalangan ahlulbait (Saadah Ba’alawi) iaitu al-Quthub al-‘Allamah al-Habib Hasan bin Ahmad al-Atthos رحمه الله تعالى. Namun sebelum itu ingin al-fagir perkenalkan beliau رحمه الله تعالىsecara ringkas.

Nasab: Ahmad bin Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin Hussin bin al-Quthb al-Kabir Umar bin ‘Abdurrahaman bin ‘Aqil al-‘Atthas bin Salim bin ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah bin al-Quthub ‘Abdurrahman as-Seggaf [Saqqaf] bin Muhamad Maula Dawileh bin ‘Ali bin ‘Alwi bin al-Ustadz al-‘A’dhom al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib Mirbath bin ‘Ali Kholi’ Qasam bin ‘Alwi bin Muhammad Shohib Shouma’ah bin ‘Alwi bin ‘Ubaidullah bin al-Muhajir ilallah Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shodiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Imam ‘Hussin al-Sibth putera kepada al-Imam Amiril Mu’minin ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .

Lahirkan di Huraidhoh pada hari Selasa tanggal 19 Ramadhan 1257H dan wafat pada tanggal 6 Rajab 1334H pada usia 77 tahun. Di makamkan di dalam kubah al-Quthub al-Kabir al-Habib Umar bin ‘Abdurrahman al-‘Atthas, shohib ratib al-‘Atthas yang terkenal itu.

Antara guru al-Quthub al-‘Allamah al-Habib Hasan bin Ahmad al-Atthos رحمه الله تعالى adalah:

Al-Quthub al-Habib Abu bakar bin ‘Abdullah al-‘Atthos; al-Habib Sholeh bin ‘Abdullah al-‘Atthos; al-Habib Ahmad bin Muhammad bin ‘Alwi al-Muhdhor; al-Habib Ahmad bin ‘Abdullah bin ‘aydrus al-Bar; al-Habib ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Seggaf as-Seggaf; al-Habib Muhammad bin ‘Ali bin ‘Alwi bin ‘Abdillah as-Seggaf; al-Habib Muhammad bin Ibrahim bin ‘Aydrus BilFagih; al-Habib Muhammad bin Muhammad bin Muhammad as-Seggaf; al-Habib Fadhl bin ‘alwi bin Muhamad bin Sahl Maula Dawilah; al’-‘Allamah as-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos adalah murid kesayangan beliau); Syeikh ‘Ali bin Ibrahim as-Samanudi dan lain-lain رحمهم الله تعالى.

Ini kisahnya akhlaq Habib Ahmad bin Hasan al-Atthos رحمه الله تعالى tatkala ditegur orang …..

Dikisahkan bahwa suatu hari al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى datang ke kota Syibam. Beliau masuk ke sebuah masjid untuk melakukan sholat berjama'ah, akan tetapi sudah ketinggalan beberapa raka'at hingga beliau menjadi masbuk. Menjadi kebiasaan beliau, iaitu  beliau agak cepat dalam sholatnya, pun begitu beliau melaksanakan seluruh rukun-rukunnya secara sempurna.

Maka ada seorang makmum yang belum mengenal beliau, melihat perbuatan sholat al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى, iaitu seakan-akan tergesa-gesa. Dan orang tersebut merasa sholat al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى itu kurang sempurna. Oleh kerana itu dia menunggu al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى selesai shalat untuk menegurnya.

Setelah al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالىmemberi salam mengakhiri sholatnya, orang itu langsung menegur dengan kasar atau mengherdik al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى: Sholat seperti apa ini? Engkau kira ketika ini dirimu berhadapan dengan siapa dalam sholatmu? Dan engkau lakukan sholat ini untuk siapa?

Mendengar hal ini al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالىlantas menjawab: Semoga Allah memberimu balasan yang baik, engkau telah menunjukkan kepadaku sesuatu yang tidak pernah aku sedari sebelumnya, mungkin engkau melihat kesalahan dalam rukuk atau sujudku, maka sekarang aku akan mengulangi sholatku di hadapanmu dan engkau betulkanlah andaikata ada yang salah dalam rukun atau bacaannya.

Lalu orang itu menjawab: Kalau begitu itu lebih baik. Orang ini punya niat yang baik dan ia bangga lantaran merasa telah mengajarinya.

Maka al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالىmengulangi sholatnya. Beliau membaca dengan suara yang agak kuat, membaca fatihah, surat pendek, lalu rukuk dan iktidal dengan sempurna, membaca doa yang telah diajarkan oleh Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib رضي الله عنه dalam sujud beliau, dan semuanya dibaca dengan suara jelas didengari.

Orang-orang yang melewatinya berasa hairan dengan shalat itu dan mereka tidak faham dengan shalat ini. Setelah salam orang itu berkata kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى: Ini suatu sholat yang sempurna bahkan lebih baik dari sholatku, apalagi doanya lebih banyak yang mana aku sendiri tidak menghafalnya.

Lalu al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى berkata: Sekali lagi aku memohon maaf dan  mengucapkan terimakasih, kerana engkau telah menunjukkan kepadaku perbuatan yang baik, aku sendiri juga ragu mungkin masih ada kesalahan dalam sholatku.

Setelah selesai berbicara, lalu orang itu keluar dari masjid, maka ada beberapa orang yang bertanya kepada orang itu: Apa yang telah engkau bicarakan kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos?Orang itu merasa hairan dan dan bertanya: Al-Habib Ahmad??? Siapa?Mereka berkata: Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos. Mendengar hal ini, orang itu terus rasa gementar dan berkata: Inna lillahi wa innaa ilaihi roji'un. Aku tidak tahu yang beliau itu adalah al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos.

Dia terus berlari menuju al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى, disertai dengan tangisan yang tersedu-sedu penuh penyesalan dan meminta maaf kerana bersikap sedemikian terhadap al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى. Dan al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى pun menjawab dengan lemah-lembut: Usah engkau menangis, kerana engkau telah menunjukkan kebaikan untukku. Engkau sama sekali tidak mencelaku dan engkau hanya mengajarkan sholat kepadaku, kerana itu semoga Allah Ta’ala mengurniakanmu limpahan balasan kebaikan.– Tamat kisah –

Allahu Allah ….. Sungguh indah akhlaq mereka! Akhlaq yang diwarisi dari datuk mereka al-Habib al-Adzhom صلى الله عليه وآله وسلم

Andaikata kita lah …., terutamanya yang sudah berilmu, bergelar ustaz, syeikh, tuan guru, kiyai dan sebagainya tetiba datang seseirang menegur kita seumpamanya mengatakan bahwa sholat kita tadi salah, cara berwudhu kita salah dan sebagainya …. Apakah agaknya reaksi kita? Menerimanya dengan baik? Atau mengherdik kembali si penegur? Atau mensyarahkan ilmu di dada kita kepada sipenegur? Atau bagaimana? Masing-masing punya jawapannya tersendiri …….

اللعم آت نفوسنا تقواها، وزكّها أنت خير من زكّاها أنت وليُّها ومولاها. اللهم اهدنا لأحسن الأخلاق والأعمال لا يهدي لأحسنها إلا أنت، واصرف عنا سيئها لا يصرف عنا سيئها إلا أنت، برحمتك يا أرحم الرحمين وجودك يا أجواد الأجودين. وصلى الله على سيّدنا محمد وآله وصحبه أجمعين وتا بعيهم بإحسان إلى يوم الدين، والحمد لله رب العالمين



abu zahrah al-qadahi

isnin, 22 Sya’ban 1434/1 Julai 2013

taman seri gombak.

Qashidah Selepas Sholat Tarawikh di Darul Mustahfa, Tarem, Hadhramaut

$
0
0
Sesiapa yang pernah bersholat tarawikh, nescaya akan merindui suasana ini .......



Kisah Orang Sholeh Menyambut Ketibaan Ramadhan …

$
0
0


Adalah para salaf (Ba'alawi), mereka itu menyambut Ramadhan dengan pelbagai ragam keta’atan dan ibadah (seperti sholat sunat, membaca al-Qur’an, bersedekah dan lain-lain), Adapun kita sekarang, menyambut Ramadhan dengan pelbagai jenis juadah makanan dan minuman …….. itu belum dihitung persiapan raya yang dibuat awal-awal sebelum masuk Ramadhan lagiii …..

Jom ikuti kisah pendek yang al-fagir petik dari kitab al-Fawaaid al-Mukhtarah li Saalik Thoriqah al-Akhirah 

Makam Al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir  رضي الله عنه
Al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir رضي الله عنه, apabila menyambut Ramadhan, beliau menghimpunkan anak-anak beliau dan mengambil perjanjian dari mereka untuk menambah (melipatgandakan) ‘amal dalam bulan Ramadhan (melebihi dari bulan-bulan yang lain). Maka beliau bertanya kepada anak-anak beliau seorang demi seorang tentang  amal apa yang mereka hendak tambah. Maka tatkala menyebut setiap daripada anak-anaknya jenis-jenis ‘amal yang hendak mereka lipatgandakan, menangislah al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir seraya berkata: Aku menangis kerana sesungguhnya aku tiada upaya untuk menambah ‘amalan (yakni bahwasanya sekelian waktu beliau telah beliau manfaatkan semuanya untuk ibadah). Beliau berkata lagi: Wahai anak-anak ku, apakah ada dari kalangan kalian yang mahu menjual kepada aku masanya?

~ Nak tahu bagaimana beliau memanfaatkan masanya, mai baca biografi ringkas beliau dibawah ~

Kawasan Pemakaman Al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir Ba’alawi رضي الله عنه
Biografi: Al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir Ba’alawi رضي الله عنه. Lahir di kota Tarim pada tahun 1191H. Mengambil ilmu daripada ulama-ulama besar seperti al-‘Allamah al-Habib Haamid bin ‘Umar al-Munfir, al-‘Allamah al-Habib Alwi bin Ahmad bin Hasan al-Haddad, al-‘Allamah al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Hasan al-Haddad رضي الله عنهم. Beliau juga pernah ke Haramain untuk belajar. Antara gurunya di Haramain al-‘Allamah al-Habib ‘Aqil bin ‘Umar bin ‘Aqil bin Yahya, as-Sayyid ‘Ali al-Baiti, Syeikh ‘Umar bin ‘Abdurrasul ‘Atthar dan al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin ‘alwi Jamalullail رضي الله عنهم. Syeikh Futuh beliau al-Imam al-Kabir al-‘Allamah ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad as-Saqqaf رضي الله عنه

Beliau menghasilkan beberapa karya, antaranya: Diwan al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir(kumpulan syair), al-Washiah an-Nafi’ah fi Kalimat Jami’ah, Dhikru al-Mu’minin bima Ba’atsa bihi Sayyidil Mursalin, Sullam at-Taufiq (kitab fiqih), Miftahul I’rab dan Majmu’. Beliau adalah seorang yang sangat memberi perhatian kepada ilmu, ‘amal dan ittiba` kepada datuknya, al-Musthofa صلى الله عليه وآله وسلم

Seorang yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh dalam ber’amal. Waktunya depenuhi dengan ilmu, ‘amal dan mengajar. Wirid hariannya adalah 25, 000x Laailaha illaLlah, 25,000x Ya Allah, 25,000x sholawat dan lain-lain amal seperti membaca al-Qur’an. Antara murid beliau adalah al-Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi رضي الله عنه, pengarang Maulid Simtud Durar. Beliau wafat pada usia 81 tahun, yakni pada tahun 1272H dan di makamkan di Masiilah, Hadramaut.


Sekian dari
abu zahrah al-qadahi
selasa, 30 Sya’ban 1433, selepas ‘asar ~ taman seri gombak ~

Kalam Salaf Ba'alawi: Asbab Para Sholihin Meraih Nafahat di Bulan Ramadhan

$
0
0

Masjid Riyadh, Seiwun, Hadhramaut

Pada malam 7 Ramadhan 1326H setelah sholat Tarawikh di Masjid Riyadh di kota Seiwun, al-Habib Ali Bin Muhammad bin Hussin al-Habsyiرضي الله عنه dalam tausiyyahnya menegaskan: Para sholihin dahulu telah berhasil meraih nafahat pada bulan Ramadhan. Ini  sebab mereka mampu menundukkan nafsu mereka untuk tidak berbuat maksiat (zahir dan bathin).Mereka sedar di beri amanah oleh Allah Ta’ala yang berupa mata, lisan, telinga dan perut, dan mereka menjaga amanah tersebut. Berbeda dengan kita sudah berapa banyak amanah yang di berikan kepada kita, namun kita khianati. Ketahuilah, wahai saudaraku sudah 7 hari Ramadhan melewati kita, namun apakah tampak pada diri kita perubahan pada amal??? Perubahan pada hati??? Yang mana hati yang tadinya gelap menjadi terang. Hal itu semua dapat terhasil dengan banyaknya bersedekah di bulan ini. 

Jangan sekali-kali kalian menganggap remeh perbuatan kebajikan walau sebesar biji sawi, semumpama menampakkan wajah yang berseri-seri kepada saudaranya.

Imam asy-Sya’rani di dalam kesungguhan amalnya dan dalam menundukkan hawa nafsunya, apabila terlintas di dalam hatinya ingin bersedekah, walau dia masih berada dalam bilik mandi, dia berteriak kepada keluarganya: “Tolong berikan wang dinar ku kepada fulan agar aku merasa lega.” Ketika di tanya kenapa tidak menunggu hingga keluar dari bilik mandi baru bersedekah…? Beliau menjawab: “Aku khuatir nafsuku menundukkan diriku, hingga aku berpaling tidak mahu bersedekah dan meninggalkan amal baik. Oleh kerananyalah aku bersegera untuk menundukkan nafsuku. al-Mawaaid ar-Ramadhaniyyah Minal Anfaasil ‘Aliyyah yang di kumpulkan oleh al-Habib Ali bin ‘Abdul Qadir bin Muhammad al-Habsyi, 1406H/1986.



sekian dari
abu zahrah al-qadahi
khamis , 2 ramadhan 1433, dhuha ~ taman seri gombak ~

Kisah Salaf (Ba’alawi) : Melihat Dengan Matahati

$
0
0


Makam al-Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas رحمه الله تعالى


Asy-Syeikh Muhammad bin Awadh BaFadhal menceritakan: Suatu hati aku bersama dengan al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالىke sebuah kampung di Wadi ‘Amd, yang mana rata-rata penduduknya berpegang teguh dengan ajaran Islam. Maka para suatu hari ada seorang lelaki datang menemui al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى untuk bertanyakan suatu masalah. Lelaki kelihatannya ini tidak pernah datang menemui al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى atau duduk di dalam majlis beliau.




Lelaki itu mengadu kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas
رحمه الله تعالى masalah beliau. Dia berkata: Wahai Habib Ahmad, aku ada satu masalah yang rumit untuk aku mencari jawapannya. Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى bertanya: Apakah masalahmu wahai anakku? Lelaki itu menjawab: Wahai Habib, aku membeli sebidang tanah yang aku jadikan tapak untuk pembinaan bangunan. Namun setiap kali aku hendak dirikan bangunan di atasnya, bangunan itu roboh dengan sendirinya. Setiap kali dibangunkan semula bangunan ia roboh lagi. Dan pada pandanganku tidak ada yang dapat menyelesaikan masalah ini kecuali engkau (yakni al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas).

Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى menjawab: InShaAllah, esok engkau akan mendapat jawapannya.


Maka pada keesokkan harinya, al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالىmeminta lelaki itu mengantar beliau ke tanah tersebut untuk melihatnya. Lelaki itu sedar bahwa al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى adalah seorang yang tidak dapat melihat (yakni buta) tetapi apa yang penting baginya adalah untuk mendapat jawapan penyelesaian kepada masalahnya, maka lelaki itu pun mengantar al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى ke tanah tersebut. Kemudian al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى berkata: Esok datanglah kepadaku, maka aku akan beritahu jawapannya.



Hari berikutnya, lelaki itu datang kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى. Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى bertanya kepadanya: Apakah engkau pernah mengadukan masalahmu ini kepada orang lain? Dia menjawab: Sebenarnya aku telah bertanyakan masalah ini kepada para ulama, namun tidak seorang pun yang dapat menjawabnya. Aku juga meminta tolong pihak pemerintah, tetapi tidak juga dapat menyelesaikannya.



Setelah mendengar jawapan lelaki tersebut, lalu al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى pun berkata: Sebenarnya di tanah mu itu terkuburnya jasad seorang waliAllah yang besar, kerana itulah setiap kali engkau hendak mendirikan bangunan di atasnya, ia pasti roboh. ~ tamat kisah (petikan dari ad-Dawaul Qulub wat Tanwirul Bashoir min Kalam Sayyidi wa Syeikhi al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad bin Abdurrahman bin ‘Ali as-Seggaf oleh al-Habib Muhammad bin ‘Abdul Qadir bin Hussin as-Seggaf)



Catatan: Biografi al-Habib Ahmad bin Hasan

Kubah al-Athhas di mana terletaknya makam al-Quthub al-Habib 'Umar bin 'Abdurrahman al-'Atthas dan al-Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas dan lain-lain
Nasab: Ahmad bin Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin Hussin bin al-Quthb al-Kabir Umar bin ‘Abdurrahaman bin ‘Aqil al-‘Atthas bin Salim bin ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah bin al-Quthub ‘Abdurrahman as-Seggaf [Saqqaf] bin Muhamad Maula Dawileh bin ‘Ali bin ‘Alwi bin al-Ustadz al-‘A’dhom al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib Mirbath bin ‘Ali Kholi’ Qasam bin ‘Alwi bin Muhammad Shohib Shouma’ah bin ‘Alwi bin ‘Ubaidullah bin al-Muhajir ilallah Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shodiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Imam ‘Hussin al-Sibth putera kepada al-Imam Amir al-Mu’minin ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .



Lahirkan di Huraidhah pada hari Selasa tanggal 19 Ramadhan 1257H dan wafat pada tanggal 6 Rajab 1334H pada usia 77 tahun. Di makamkan di dalam kubah al-Quthub al-Kabir al-Habib Umar bin ‘Abdurrahman al-‘Atthas, shohib ratib al-‘Atthas yang terkenal itu.



Antara guru al-Quthub al-‘Allamah al-Habib Hasan bin Ahmad al-Atthas رحمه الله تعالى adalah: Al-Quthub al-Habib Abu bakar bin ‘Abdullah al-‘Atthas; al-Habib Sholeh bin ‘Abdullah al-‘Atthos; al-Habib Ahmad bin Muhammad bin ‘Alwi al-Muhdhar; al-Habib Ahmad bin ‘Abdullah bin ‘Aydrus al-Bar; al-Habib ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Seggaf as-Seggaf; al-Habib Muhammad bin ‘Ali bin ‘Alwi bin ‘Abdillah as-Seggaf; al-Habib Muhammad bin Ibrahim bin ‘Aydrus BilFagih; al-Habib Muhammad bin Muhammad bin Muhammad as-Seggaf; al-Habib Fadhl bin ‘alwi bin Muhamad bin Sahl Maula Dawilah; al’-‘Allamah as-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas adalah murid kesayangan beliau); Syeikh ‘Ali bin Ibrahim as-Samanudi dan lain-lain رحمهم الله تعالى.

~ sekian dari abu zahrah al-qadahi
rabu, 8 ramadhan 1434 
sebelum dzuhur di teratak usangku di taman seri gombak ~ 

Bolehkah bertabarruk dengan rambut Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم?

$
0
0



Rambut Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Sehari dua ini panas dengan isu air celupan rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم atau dengan kata lain bertabarruk dengan rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Maka fokus entri ini adalah berkenaan persoalan apakah boleh atau tidak kita rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Al-fagir bawakan sedikit petikan dari kitab al-Ajwibah al-Ghaaliyah fi ‘Aqidah an-Naajiyah karya al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ila Allah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim bin Zein bin Muhammad bin Zein Bin Sumaith:


Soalan: Apakah boleh bertabarruk dengan bekas (kesan/tinggalan) orang-orang shaleh? Dan apakah dalil atas perbuatan yang demikian?


Jawapan:Ya! Boleh. Dan baginya dalil yang banyak. Secara keseluruhan, adalah bahawa para shahabat رضي الله عنهم pernah bertabarruk kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, mencari kesembuhan dengan bekas Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, baik semasa hayat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم atau sesudah kewafatan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sebagaimana yang banyak disebutkan di dalam hadits-hadits dan atsar (kata-kata shahabat رضي الله عنهم). Kami akan meriwayatkannya secara ringkas, antaranya (al-fagir bawakan hadits yang berkaitan dengan bertabarruk dengan rambutnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sahaja – yang lain boleh dibaca dari kitab berkenaan)

عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَوْهَبٍ رضي الله عنه قال: أَرْسَلَتْنِيْ أُمِّي إِلَى أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ، فَجَاءَتْ بِجُلْجُلٍ مِنْ فِضَّةٍ فِيْهِ شَعْرٌ مِنْ شعَرِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وآله وسلم ، فَكَانَ إَذَا أَصَابَ الِإنْسَانَ عينٌ أَوْ شَيْءٌ بَعَثَ إِلَيْهَا فَتَمْخَضُهُ لَهُ فَيُشْرِبُ مِنْهُ، فَاطَّلعْتُ فِيْ الجُلْجُلٍ فَرَأَيْتُ شَعْرَاتٍ حُمْرًا

Ertinya: “Daripada Sayyidina Abdullah bin Mauhab رضي الله عنه, beliau berkata: “Ibuku pernah mengutusku kepada Sayyidatina Ummi Salamah رضي الله عنها dengan membawa satu wadah air, maka beliau datang dengan sebuah bekas yang diperbuat daripada perak (Juljul) yang di dalamnya terdapat beberapa helai rambut Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Apabila ada seseorang terkena ‘ain (pandangan mata yang jahat –sejenis sihir) atau sesuatu (penyakit lain) maka dibawa, lalu Sayyidatuna Ummu Salamah رضي الله عنهاmencelupkannya ke dalam air dan orang tersebut meminumnya. Aku meninjau dalam bekas perak itu, maka aku melihat terdapat beberapa rambut yang berwarna merah. (Hadits riwayat al-Bukhari)



Sayyidina Anas رضي الله عنه berkata:

لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وآله وسلم ، وَالْحَلَّاقُ يَحْلِقُهُ، وَأَطَافَ بِهِ أَصْحَابُهُ، فَمَا يُرِيدُونَ أَنْ تَقَعَ شَعْرَةٌ، إِلَّا فِي يَدِ رَجُلٍ

Ertinya: “Dahulu aku lihat Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan tukang cukur yang sedang mencukur rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, sementara para shahabat رضي الله عنهم mengelilingi Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, mereka tidak menginginkan ada sehelai rambut Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang jatuh melainkan ditangan seseorang (di antara mereka). (Hadits riwayat Muslim)

Adalah para shahabat رضي الله عنهم, sentiasa memelihara rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم untuk bertabarruk dan kesembuhan penyakit, dan telah tsabit bahawa Khalid bin Walid رضي الله عنه meletakkan rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم di dalam topi besinya (pakaian perang), maka suatu ketika topi itu jatuh dalam suatu peperangan, dan beliau sangat gigih untuk mendapatkannya kembali, sehingga ada sebahagian shahabat membantah tindakannya disebabkan banyak prajurit yang terbunuh hanya untuk mencari topi itu. Beliau berkata:

لَمْ أَفْعَلْ ذَلِكَ بِسَبَبِ القَلَنْسُوْةِ، بَلْ لَمَا تَضَمَّنَتْهُ مِنْ شَعْرِهِ صلى الله عليه وآله وسلم، لِئَلاَّ أُسْلَبَ بِرَكَتَهَا وَتَقَعَ فِيْ أَيْدِي المُشْرِكِيْنَ

Ertinya: “Aku tidak mencarinya disebabkan topi itu, akan tetapi di dalamnya ada beberapa helai rambut Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, aku mencarinya kerana tidak mahu keberkahannya dicabut dan jatuh ke tangan orang-orang musyrik” (Asy-Syifa` oleh Qadhi ‘Iyadh)

Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk kitab berkenaan.


 ~ sekian dari abu zahrah al-qadahi

jumaat, 10 ramadhan 1434, taman seri gombak ~

البدران من بني علوي ويارب يا عالم الحال

الحبيب عبدالقادر بن أحمد السقاف

الحبيب عبدالقادر بن أحمد السقاف

الحبيب محمد الهدار -صاحب البيضاء

الحبيب عبد القادر السقاف- مقامات الصدق - 2

الحبيب عبدالقادر السقاف - مقامات الصدق - 1

الحبيب حسن الشاطري وحديث ملئ بالفوائد والنصائح


Mawlid Syarobu Thohuur

Pengajian Berkaitan Dengan Puasa Bersama Sayyid 'Alawi bin 'Abbas al-Maliki

$
0
0



Biografi ringkas Sayyid 'Alawi bin 'Abbas al-Maliki al-Hasani  رحمه الله تعالى 



Beliau adalah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abbas bin Muhammad al-Maliki al-Idrisi al-Hasani. Beliau adalah keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Dilahirkan di rumah al-Maliki berhampiran Bab as-Salam pada tahun 1328H. menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun dan menjadi imam sholat tarawikh di Masjidilharam. Belajar di Madrasah al-Falah dan tamat pada tahun 1346H. Kemudian menjadi tenaga pengajar di madrasah tersebut. Mengajar di halaqahnya di Masjidilharam berdekatan dengan Bab as-Salam selama 40 tahun. Juga dilantik menjadi jurunikah di Mekah. Beliau wafat pada tanggal 25 Shafar 1391H dipangkuan pelayan (khadam) beliau, iaitu Tuan Guru Haji Mas’ud Telok Intan.



Antara masyaikh beliau – Ayahndanya sendiri Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul Aziz al-Maliki; al-Muhaddits al-Haramain Syaikh Umar Hamdan al-Mahrisi; Syaikh Habibullah asy-Syanqiti; Syaikh Muhammad ‘Ali bin Hussin al-Maliki; Syaikh Jamal al-Maliki; Syaikh al-Qurra’ Syaikh at-Tiji; Syaikh ‘Abdullah Hamaduh; Syaikh Hasaan as-Said as-Sanuri; Syaikh amin Suwid ad-Dimasyqi; Syaikh Mahmud al’Attor ad-Dimasyqi; Syaikh Isa Rawwas; Syaikh Salim Syafie; Syaikh Ahmad Nadhirin; Syaikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani; Syaikh Yahya Aman; Syaikh Muhammad Khidir asy-Syanqiti; Syaikh Muhammad al-Mujtaba asy-Syanqiti; Syaikh Umar BaJunaid; Syaikh ‘Abdul Sattar ad-Dehlawi.


Selain itu beliau juga meriwayatkan ilmu, ijazah dan sanad daripada ulama keluarga Ba’Alawi (ahlul bait yang bernasabkan kepada ‘Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa al-Muhajir bin Muhammad bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shodiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.), antaranya: al-Habib ‘Aydrus bin Salim al-Bar; al-Habib Abu Bakar al-Bar; al-Habib ‘Abdur Rahman bin Ubaidullah al-Seggaf @Saqqaf; al-Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad; al-Habib Musthofa al-Mihdhor; al-Habib Muhammad bin Hadi al-Seggaf; al-Habib Umar bin Sumaith; al-Habib Salim bin Hafidz; al-Habib ‘Ali bin ‘Ali al-Habsyi; al-Habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad; al-Habib ‘Ali bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi dan al-Habib Abu Bakar al-Seggaf.


Beliau juga meriwayatkan ilmu, sanad dan ijazah daripada para ulama terkenal di zamannya, seperti: al-Imam al-Muhaddits Muhammad ‘Abdul Hayy al-Kattani; asy-Syarif ‘Abdul Hafiz al-Fasi; Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari; Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani; Syaikh Muhammad Bakhit al-Muti’i; Syaikh Salamah al-‘Azzami; asy-Syarif Ahmad bin Ma’mun al-Balghiti; Syaikh al-Muhaddits Muhammad Ilyas al-Kandahlawi; Syaikh al-Muarrikh al-Yamani Muhammad Zabarah, pengarang Nail al-Wator; al-Imam al-Muhaddits al-Musnid Muhammad ‘Abdul Baqi al-Ayyubi al-Madani; Syaikh Abu al-Khair al-Maidani ad-Dimasyqi; Syaikh al-Mursyid Muhammad Abu al-Nasr Khalaf al-Hims dan al-Imam al-Mursyid asy-Syarif Ahmad as-Sanusi al-Mujahid.



Kitab karangan beliau: al-‘Iqd al-Munazzam fi Aqsam al-Wahyi al-Mu’azzam; al-Manhal al-Lathir fi ahkam al-Ahadits ad-Dhoif; al-Ibanah al-Ahkam al-Kahanah; Risalah fi Ibtol Nisbah al-Qaul bi Waihdah al-Wujud li ‘Aimmah at-Tasawwuf; Risalah fi al-Ilham; Ibanatul Ahkam Syarh Bulughul Maram; Risalah al-Ahkam at-Taswir; al-Mawaiz ad-Diniyyah [himpunan ceramah beliau diradoi Saudi pada setiap pagi Jum’at]; Nailul Maram Ta’liq ‘ala ‘Umdah al-Ahkam; Fath al-Qarib al-Mujib ‘ala Tahzib al-Targhrib wat Tarhib, Diwan Syairnya. Manakala ananda beliau Sayyid Muhmmad bin ‘Alawi telah mengumpulkan sanad-sanad beliau dalam kitab al-‘Uqud al-Lu’luiyyah bi Asanid al-‘Alawiyyah; dan fatwa-fatwa beliau di dalam kitab Majmu al-Fatawa wa al-Rasail.


Adapun murid beliau, tidak terhingga ramainya. Maka tak perlulah ambo tulis lagi dek kerana ramainya. Ramai di kalangan ulama Nusantara yang belajar kepada beliau di Mekah. Oleh kerana itulah nama beliau tidak asing lagi di Nusantara.


Pujian ulama kepadanya:Kata Imam al-Akbar Dr. ‘Abdul Halim Mahmud, Syaikhul al-Azhar: “…… Sesungguhnya Allah telah menyinari wajahnya di atas kesungguhannya yang kuat terhadap sunnah Rasulullahصلى الله عليه وآله وسلم dalam memikul, memberi kefahaman, pengajaran, pentarbiyahan dan sebagainya jalan menuju Allah….”


Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz juga pernah memuji Sayyid ‘Alawi sebagaimana diceritakan oleh Syaikh Ahmad al-Haribi (Pemantau Majlis Pengajian di Masjidil Haram): “…. Pada suatu hari Syaikh ‘Abdul Aziz bin Baz (mantan Mufti Saudi) berhenti di dalam majlis pengajian Sayyid ‘Alawi al-Maliki dan mendengar pengajaran Sayiid ‘alawi beberapa ketika. Apabila dia berpaling, Syaikh Ahmad al-Haribi bertanya pendapat Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Bin Baz tentang pengajaran Sayyid ‘Alawi al-Maliki dan dia berkata: MasyaAllah! MasyaAllah. (menunjukkan ta’jub terhadap ilmu Sayyid ‘Alawi dan pengi’tirafan keatas ketinggian ilmunya)


Syaikh Muhmmad Said al-Yamani pernah berkata kepada ayahnya Sayyid ‘Abbas al-Maliki:Sesungguhnya anakmu ‘Alawi akan menjadi perhiasan Masjidilharam.


Syaikh Umar Khayyath berkata: Ketika kami berada di dewan rumah Syaikh ‘Ali ibn Hussin al-Maliki di dalam satu majlis, Sayyid ‘Alawi datang, lalau Sayyid ‘Ali al-Maliki berkata: Sesungguhnya anaku ini, ‘Alawi, merupakan orang yang mendapat anugerah dan ilham, di dalam percakapannya penuh dengan keindahan dan keelokkan, dia juga merupakan orang yang dikasihi ramai, semua orang suka mendengar pengajarannyadan aku adalah orang yang pertama suka mendengar kalamnya.

Kisah kefaqihan beliau, boleh baca disini


Khadam kepada Sayyid 'Alawi,  al-Marhum Tuan Guru Hj. Mas'ud, Teluk Intan. Diatas riba beliau lah Sayyid 'Alawi menghembus nafasnya yang terakhir
Setelah kewafatan beliau pada malam Rabu 25 Shafar 1391, tempat beliau diganti oleh anaknya iaitu Sayyid Muhammad (wafat, Jumaat 15 Ramadhan 1425H/29 Oktober 2004M), yang kemudiannya muncul sebagai ulama Mekah yang harum namanya diseluruh pelusuk dunia.

Abuya Maliki رضي الله عنه Akan Senantiasa Dikenang

$
0
0

أَحِبُّوا اللَّهَ لِمَا يَغْدُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ، وَأَحِبُّونِي لِحُبِّ اللَّهِ، وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِي لِحُبِّي 

“Cintailah Allah dengan apa yang telah Dia berikan kepada kalian daripada nikmatNya, cintailah aku kerana cinta kepada Allah dan cintailah ahlibaitku kerana cinta kepadaku” - hadits

Tulisan ini adalah merupakan ulangsiar tulisan yang pernah al-fagir tulis pada 11 Ramadhan 1430H, namun ianya dipaparkan dalam bentuk bersiri. Dan sempena haul al-Imam as-Sayyid Muhammad al-Hasan bin as-Sayyid 'Alawi al-Maliki al-Hasani , diulangsiar di dalam bentuk yang sempurna. ~ sekian, dari al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi ~ selasa, 14 ramadhan 1434 bersamaaan 23 julai 2013 ~ taman seri gombak ~

Biarpun telah ramai yang menulis dan memaparkan biografi beliau رضي الله عنه di dada internet, namun al-Faqir berhasrat untuk mencoretkan juga walaupun secara ringkas biografi beliau رضي الله عنه demi kerana kecintaan al-Faqir kepada beliau ,رضي الله عنه. Coretan yang al-Faqir kutip dari pelbagai sumber dan al-Faqir kongsikan sebahagian dari koleksi foto al-Faqir yang berkaitan dengan beliau رضي الله عنه .

Beliau رضي الله عنه , seorang ulama yang semerbak harum namanya diserata dunia, terutama dikalangan para pencinta ilmu dan ulama. Kewibawaan dan keilmuan beliau رضي الله عنه diakui dan dihormati oleh para ulama semasa juga oleh mereka yang menentangnya. Kitab karangannya menjadi rujukan. Beliau رضي الله عنه adalah jurucakap kepada golongan ahlus sunnah wal jamaah di dalam menghadapi fahaman-fahaman yang melampau, yang ekstrim … (yang menolak bahkan mencerca ulama silam) . Beliau رضي الله عنه adalah imam ahlus sunnah wal jama’ah abad ke-21. Beliau رضي الله عنه , ulama rabbani di abad ini. Beliau رضي الله عنه ulama yang meneruskan kegemilangan ayahnya, datuknya dan moyang-moyang beliau di dalam dunia keilmuan dan pentarbiyahan. Beliau رضي الله عنه seorang ulama yang teguh dengan pendirian, tidak goyah dengan pelbagai cabaran dan rintangan serta tohmahan yang dihadapi. Beliau رضي الله عنه menjaga adab ketika berbeda pendapat serta menjauhi sifat melampau di dalam tindakan atau perkataan dalam menghadapi golongan yang tidak sependapat dengannya.


Al-Habib Muhammad bin ‘Aydrus al-Haddad menyifatkan keteguhan beliau رضي الله عنه di dalam syairnya:


Sungguh beliau telah mampu mematahkan hujjah orang yang menentangnya. Sedikitpun beliau tidak terlukai

Bahkan beliau bersedia untuk dipenggal lehernya, namun beliau tetap tidak akan berundur dari pendiriannya

Pendirian yang telah dipegang teguh oleh para ulama yang besar-besar, yang telah memimpin umat ini dimasa silam


Tatkala melihat kehebatan penguasaan ilmu beliau رضي الله عنه pada usianya yang masih muda, seorang guru beliau, iaitu al-‘Allamah Syaikh Muhammad Nur Saif pernah berkata kepada ayahanda beliau: Wahai Sayyid ‘Alawi, jangan marah jika perkataanku mengecilkan hatimu, apabila aku katakan bahwa anakmu ini merupakan ranting yang melebihi batangnya. Mendengarkan perkataan itu ayahandanya ketawa lalu menjawab: Tidak, aku tidak berkecil hati, tetapi sebaliknya ini adalah kebanggaan bagiku.




Itulah, sosok ulama besar di abad ini, al-‘Allamah al-Muhaddits al-‘Arifbillah Professor Dr. Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maiki al-Idrisi al-Hasani. Di kalangan murid-murid dan pencintanya, beliau lebih dekat dengan panggilan Abuya Maliki @ Buya Maliki.

Kelahiran dan keturunan: Beliau رضي الله عنه dilahirkan dirumah ayahandanya yang terletak berhampiran Masjidilharam, Babus Salam Makkah al-Mukarramah pada tahun 1365H bersamaan dengan 1946M.

Beliau رضي الله عنه bernasabkan kepada keturunan yang mulia iaitu  dari keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Keturunan beliau terdiri daripada para ulama. Ayahandanya, nendanya dan seterusnya keatas. Beliau رضي الله عنه berkata di dalam menzahirkan nikmat karunia itu:

سيد عالم أبي و جد، هكذا إلى المختار

Ertinya: Dari ayahandaku, kemudian datukku dan seteusnya sampai kepada Rasul Yang Terpilih صلى الله عليه وآله وسلم, adalah penghulu dan orang ‘alim.

Beliau رضي الله عنه berkata lagi: Nendanya yang pertama - Sayyid ‘Abbas, kedua -  Sayyid ‘Abdul Aziz, ketiga – Sayyid ‘Abbas, keempat – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kelima – Sayyid Muhammad al-Maliki dan keenam – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kesemuanya adalah orang ‘alim dan menjawat jawatan Imam dan Khatib al-Masjidilharam. Dapat dipastikan dengan bukti yang jelas, bahwa sepanjang enam keturunan tersebut sebelum beliau terdiri daripada ulama besar. Sebelum itu ada juga yang menjawat jawatan Imam dan Khatib serta menjadi mudarris di Masjidilharam, namun tidak dirakamkan di dalam daftarrasmi Masjidilharam.

Keluarga beliau رضي الله عنه lebih dikenali dengan dengan gelaran al-Maliki dari al-Hasani kerana salah seorang daripada nenda beliau dilantik menjadi Mufti Mazhab Maliki di Makkah al-Mukarramah pada zaman pemerintahan Syarif ‘Aun (gambar sebelah). Oleh kerana itulah keluarga beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Maliki.


Pendidikan: Beliau رضي الله عنه mendapat pendidikan formal di Madrasah al-Falah dan Madrasah Tahfiz al-Quran di Makkah. Manakala pengajian tidak formal pula beliau dapati dari halaqah-halaqah ilmu di Masjidilharam.  Beliau رضي الله عنه dikatakan sudah menghafal al-Quran diusia 7 tahun, manakala menghafal kitab Muwattho ketika berusia 15 tahun. Dan mendapat jolokan ‘Muwattho Yang Berjalan’ kerana penguasaan dan kepakaran beliau mengenai kitab tersebut.

Setelah itu beliau رضي الله عنه mengembara ke banyak negara untuk menuntut ilmu daripada para ulama tersohor seperti di India, Libya, Mesir, Maghribi, Pakistan dan Indonesia. Beliau juga menuntut di Universiti al-Azhar diperingkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PhD). Beliau berjaya meraih ijazah kedoktoran dalam bidang hadits di  Universiti al-Azhar dengan taqdir Muntaz (cemerlang) ketika berusia 25 tahun.


Guru-guru beliau: Beliau mempunyai guru yang tidak terkira banyaknya. Antaranya:




Ulama Mekah dan Madinah
  • Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas al-Maliki al-Hasani (ayahnya, wafat 1391H)
  • Syaikh Muhammad Yahya Aman al-Makki  al-Hanafi (1387H)
  • Syaikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani (wafat 1390H)
  • Syaikh Hasan bin Said al-Yamani (wafat 1391H)
  • Syaikh Hasan bin Muhammad al-Masyaath (wafat 1399H)
  • Sayyid Muhammad bin Amin al-Kutbi (wafat 1404)
  • Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji (wafat 1410H)
  • Syaikh Muhammad Nur Saif bin Hilal (wafat 1403H)
  • Syaikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani al-Makki (wafat 1410H)
  • Syaikh ‘Abdullah bin Ahmad Dardum (1407H)
  • Syaikh Ishaq bin Hasyim ‘Azuz al-Makki
  • Al-Habib Hasan bin Muhammad Fad’aq
  • Al-Habib ‘Abdul Qadir bin ‘Aydrus al-Bar
  • Syaikh Muhammad Kholil bin ‘Abdul Qadir Toibah al-Makki
  • Syaikh Ahmad bin Yaasiin bin Ahmad al-Khiyari asy-Syafie al-Madani, Syaikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah
  • Syaikh Hasan bin Ibrahim asy-Syair, Syaikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah
  • Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Mubarak al-Ihsaai
  • Syaikh Muhammad bin Abu Bakar al-Mulla al-Ihsaai
  • Syaikh Muhammad al-Musthofa ibn al-Imam ibn ‘Abdul al-Qadir al-‘Alawi asy-Syanqiti
  • Syaikh Muhammad al-Mujtaba bin Mukhtar bin Mujtaba asy-Syanqiti
  • Syaikh al-Mu’ammar Dhiyauddin Ahmad ibn asy-Syaikh ‘Abdul ‘Azim al-Qaadiri al-Madani (bermuar lebih daripada 100 tahun)
  • Syaikh ‘Abdul Ghafur bin Syah al-‘Abbasi al-Madani an-Naqsyabandi

Ulama Hadramaut/Yaman
  • Al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith
  • Al-Habib ‘Alwi ibn ‘Abdullah bin Aydrus bin Syihab at-tarimi
  • Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi bin Syihab
  • Al-Habib ‘Abdur Rahman ibn Shohib ‘Sabil al-Muhtadin’ al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Atthos
  • Al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Seggaf @ as-Saqqaf
  • Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad
  • Al-Habib “Alwi bin ‘Abdullah as-Saqqaf Aal al-Qaadhi
  • Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah bin Syaikh  Abi Bakar bin Salim
  • Al-Habib ‘Ali bin Salim bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
  • Sayyid Hasan bin Ahmad bin ‘Abdul Baari al-Ahdal al-Yamani
  • Sayyid Muthohhar bin Mahdi al-Ghurbani,
  • Sayyid Ismail bin Mahdi al-Ghurbani, pengarang kitab Nafasul Rahman.
  • Syaikh Fadhl ibn Muhammad bin ‘Awadh BaFadhal at-Tarimi
  • Sayyid Ahmad bin Muhammad Zubaarah, Mufti Yaman
  • Sayyid Muhammad Yahya Dum al-Ahdal al-Yamani
  • Al-Mu’ammar Buhaanuddin Abu Muhammad as-Sayyid Ibrahim bin Umar bin ‘Aqiil Ba’alawi al-Husaini al-Hadhrami, Mufti Ta`iz



Ulama Mesir
  • Syaikh Muhammad al-Hafidz bin ‘Abdul Lathif at-Tijani al-Mishri, Syaihul Hadits di Mesir (wafat 1398H)
  • Syaikh Hasanain bin Muhammad Makhluf, Mufti Mesir (wafat 1411H)
  • Syaikh Sholeh bin Muhammad al-Ja’fari, Imam dan tenaga pengajar di Jami’ al-Azhar
  • Syaikh Amin bin Mahmud Khottob al-Subki al-Mishri
  • Al-Mu’ammar Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah bin Ibrahim al-‘Aquuri, murid kepada al-Amir ash-Shoghir, Syaikh Ibrahim al-Baajuuri dan al-Mu’ammar Abi ‘Ali Hasan al-‘Adawi – mereka semua adalah belajar dari al-Amir al-Kabir
  • Syaikh asy-Syarif Muhammad bin Ibrahim Abu al-‘Uyuun al-Azhari al-Khalwati

Ulama Indonesia
  • Al-Habib al-Mu’ammar ‘Ali bin ‘Abdurramhan bin ‘Abdullah al-Habsyi – Habib Ali Kwitang
  • Al-Habib ‘Ali bin Hussin bin Muhammad al-Atthos – Habib ‘Ali Bungur
  • Al-Habib Hamid bin Muhammad bin Salim as-Sari
  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Zein al-Haddad
  • Al-Habib Syaikh bin Salim bin ‘Umar al-‘Atthos
  • Al-Habib Salim bin Ahmad bin Jindan ibn asy-Syaikh Abu Bakar bin Salim
  • Al-Habib Muhammad bin Salim bin Ahmad bin Hassan al-‘Atthos
  • Al-Habib al-Mu’ammar ‘Abdur Rahman bin ‘Abdullah al-Habsyi al-Falimbani – murid kepada Habib ‘Ali bin  Muhammad bin Hussin al-Habsyi, pengarang Simtud Durar
  • Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Kaf  - murid kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos



Ulama Syam
  • Asy-Sayyid asy-Syarif Muhammad al-Makki bin Muhammad bin Ja’far al-Kattani, Mufti Mazhab Maliki di Dimasyq
  • Syaikh Hasan bin Muhammad Marzuq Hanabakah al-Maidani al-Dimasyqi
  • Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Ghani ‘Uyun al-Sud al-Hims, Syaikh al-Qurra`
  • Syaikh Muhammad Sholeh bin ‘Abdullah al-Farfur al-Hasani ad-Dimasyqi
  • Syaikh Muhammad As’ad al-‘Abaji, Mufti Mazhab Syafie di Halab
  • Abu Ahmad Syaikh Muhammad Sa’id bin Ahmad al-Idlibi ar-Rafie al-Halabi asy-Syafie
  • At-Thobib (Dr. – perubatan) asy-Syaikh Muhammad Abu al-Yusr bin Muhammad Abi al-Khair bin Ahmad ‘Aabidin al-Husaini ad-Dimasyqi al-Hanafi, Mufti Negara Syam

Ulama Maghribi, Tunisia dan al-Jazaair (Algeria)
  • Syaikh asy-Syarif ‘Abdul Kabiir bin Muhammad as-Soqili al-Maahi al-Husaini al-Maghribi
  • Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Maghribi
  • Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Maghribi
  • Syarif Muhammad Munthasir Muhammad az-Zamzami bin Muhammad bin Ja’far al-Kattani
  • Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad Qanun al-Hasani al-Maghribi
  • Syaikh al-Faaruaqi bin ar-Rahaali al-Marakeshi
  • Syaikh Muhammad at-Thohir ibn ‘Asyuur at-Tunisi
  • Syaikh at-Thoyyib bin al-Maulud bin Musthofa al-Mahaaji al-Jazaairi

Ulama Hind (India) dan Pakistan
  • Syaikh Muhammad Zakariyya bin Muhammad Yahya al-Kandahlawi tsumma al-Madani, Syaikhul Hadits di Sahaaranpuur
  • Syaikh Habibur Rahman ibn Muhammad Shoobir bin ‘InayatuLlah al-A’azomi, Syaikhul Hadits di Madzhar al-Ulum, Madras
  • Syaikh as-Sayyid Muhammad Yusuf ibn Muhammad Zakaria al-Banuuri, Syaikhul Hadits  di Karachi
  • Syaikh Muhammad Syafii’ bin Muhammad Yaasiin al-Utsmaani ad-Deobandi, Mufti Pakistan
  • Syaikh Zafar Ahmad al-Utsmaani at-Tahaanawi al-Hind
  • Syaikh Muhammad Ibrahim al-Balyawi
  • Syaikh as-Sayyid Fakhruddin Ahmad al-Murad Abadi, Syaikhul Hadits di Deoband
  • Syaikh al-Mufti as-Sayyid Mahdi Hasan Syahjahanburi
  • Syaikh al-Mufti Mahmud bin Syaikh Muhammad Siddiq al-Multani
  • Syaikh Muhammad Yusuf bin Muhammad Ilyas al-Kandahlawi, Amir (Ketua) Jemaah Tabligh
  • Syaikh In’amul Hasan, Naib Ketua Jemaah Tabligh
  • Syaikh Muhammad Anzor Syah bin Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri
  • Syaikh al-Mufti Musthofa bin al-Imam Ahmad Redho Khan al-Barilawi al-Hind
  • Syaikh Abu al-Wafa al-Afghaani al-Haidaraabaad
Selain dari seorang yang mahir di dalam selok-belok ilmu hadits, beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam ilmu fiqih 4 mazhab. Dan beliau رضي الله عنه pernah mengatakan:

أنا ابن المذاهب الأربعة

Ertinya: Aku nak kepada empat mazhab. Yakni, beliau رضي الله عنه menguasai keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Mengajar: 3 hari selepas kewafatan ayahanda beliau, ulama Makkah telah berkumpul dan memberi tanggungjawab kepada beliau untuk mengajar di tempat ayahanda beliau di Masjidilharam. Sewaktu majlis pengajian beliau yang pertama di tempat ayahandanya di Masjidilharam, ianya bukan sahaja dihadiri oleh penuntut ilmu,  bahkan dihadiri oleh ulama besar Makkah, iaitu:
  • Syaikh Hasan bin Muhammd al-Masyaath
  • Syaikh ‘Abdullah Sa’id al-Lahji
  • Syaikh ‘Abdullah Dardum
  • Syaikh Zakaria Bila
  • Sayyid Muhammad Amin al-Kutbi
  • Syaikh Muhammad Nur Saif
  • Syaikh Ismail Utsman Zain dan
  • Syaikh Ibrahim al-Fathoni


Tempat beliau mengajar di Masjidilharam yang diwarisi dari ayahnya, Sayyid 'Alawi

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah kuliyyah syariah di Universiti Malik ‘Abdul ‘Aziz di Jeddah dan kemudian Universiti Ummul Qura di Makkah dari tahun 1390H – 1399H. Kemudian beliau meminta untuk berhenti menjadi pensyarah untuk bermusafir berdakwah dan menubuhkan madrasah beliau sendiri.

Membuka madrasah: Sewaktu beliau bermusafir ke Indonesia pada tahun 1394H, beliau telah berkumpul dan berbincang dengan para ulama disana, khususnya para habaib, antaranya dengan Habib ‘Ali Bungur. Seterusnya mereka meminta Sayyid Muhammad untuk membuka sebuah madrasah untuk anak-anak mereka di Makkah dengan menghidupakan pengajaran dan amalan para masyaikh terdahulu yang berlandaskan ahlus sunnah wal jama’ah, kerana mereka tidak dapat menghantarkan anak-anak mereka ke Hadramaut disebabkan cengkaman komunis di Yaman.

Dan akhirnya madrasah ditubahkan di rumah beliau di Utaibiah yang mana kemudiannya berpindah ke Rusaifah. Disinilah beliau رضي الله عنه mencetak penerus kepada kesinambungan ulama silam. Di dalam penerimaan murid,  beliau رضي الله عنه tidak menerimanya sembarangan, semuanya adalah dengan isyarat.

Menghasilkan karya: Beliau رضي الله عنه menghasilkan banyak karya di dalam pelbagai disiplin ilmu seperti aqidah, tafsir, hadits, ushul fiqih, fiqih, tasawwuf, sirah nabawiyyah dan lain-lain, antaranya:

Di bidang aqidah:
  • مفاهيم يجب أن تصحح
  • منهج السلف في فهم النصوص بين النظرية و التطبيق
  • هو الله
  • قل هذه سبيلي
  • التحذير من المجازفة في التكفير
  • الغلووأثره في الإرهاب وإفساد المجتمع
  • تحقيق الآمال فيما ينفع الميت من اللأعمال
  • شرح عقيدة العوام – Perhatian! Kitab ini bukan karya beliau tetapi dihimpun oleh murid beliau KH Muhammad Ihya Ulumiddin, Mudir Ma’had Nurul Haramain, Pujun, Malang, Indonesia. Kitab ini merupakan himpunan syarh oleh Abuya Maliki keatas Mundzumah ‘Aqidah al-‘Awwam. Al-Faqir memasukkannya kedalam senarai ini kerana ianya mencerminkan pemikiran Abuya Maliki di dalam aqidah ahlus sunnah wal jamaah.
Di bidang tafsir:
  • وهو بالأفق الأعلى
  • زبدة الإتقان
  • القواعد الأساسية في علوم القران
Di bidang hadits, mustholah hadits dan sanad:
  • أنوار المسالك إلى روايات موطأ مالك
  • تحقيق موطإ الإمام مالك – رواية ابن قاسم
  • المنهل اللطيف في أصول الحديث الشريف
  • القواعد الأساسية في علم مصطلح الحديث
  • الطالع السعيد المنتخب من المسلسلات والأسانيد
  • العقد الفريد المختصر من الأثبات والأسانيد
  • العقود اللؤلؤية بالأسانيد العلوية (kitab beliau himpunkan sanad-sanad ayahnya, Sayyid ‘Alawi)
Di bidang ushul fiqih:
  • القواعد الأساسية في أصول الفقه
  • شرح منطومة الورقات
Mengenai ibadat haji dan sejarah kota Makkah:
  • الحج – فضائل وأحكام
  • في رحاب البيت الحرام
  • لبيك اللهم لبيك
Di bidang Sirah Nabawiyyah:
  • محمد الإنسان الكامل
  • الذخائر المحمدية
  • خصائص الأمة المحمدية
  • تاريخ الحوادث والأحوال النبوية
  • الزيارة النبوية بين الشرعية والبدعة
  • المدح النبوي بين الغلو والإنصاف
  • شفاء الفؤاد بزيارة خير العباد
  • حول الإحتفال بذكرى المولد النبوي الشريف
  • الأنوار البهية من إسراء ومعراج خير البرية
  • مولد الحافظ الديبعي (beliau mentahqiqkan kitab ini)
Di bidang zikir dan amalan kerohanian:
  • أبواب الفرج
  • شوارق الأنوار من أدعية السادة الأخيار
  • الحصون المنيعة
Di bidang pelbagai ilmu lain:
  • أدب الإسلام في مظام الأسرة
  • صلة الرياضة بالدين
  • كشف الغمة في اصطناع المعروف ورحمة الأمة
  • القدوة الحسنة في منهج الدعوة إلي الله
  • المستشرقون بين الإنصاف والعصبية
  • مفهوم التطور والتجديد في الشريعة الإسلامية
  • ماذا في شعبان
Kitab yang dikumpulkan dan ditahqiq:
  • مجموع فتاوى ورسائل الإمام السيد علوي المالكي الحسني (himpunan fatwa-fatwa dan surat-surat Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
  • نفحات الإسلام من البلد الحرام – دروس ومحاضراب العلامة المحدث المسند الإمام السيد علوي المالكي الحسني (himpunan syarahan dan ucapan Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
  • فهرست الشيوخ والأسانيد للإمام السيد علوي المالكي الحسني (Himpunan guru-guru dan sanad-sanad Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)

Setahun sebelum kewafatannya, beliau رضي الله عنه diundang untuk membentangkan kertas kerja di- dalam Hiwar Fikri di Makkah atas undangan Ketua Umum Masjidil Haram, Syaikh Sholeh bin Abdur Rahman tanggal 5 - 9 Dzulqaidah 1424H dengan kertaskerjanya  berjodol "al-Ghuluw wal I'tidal Ru`ya Manhajiyyah Syamilah". Beliau juga turut melancarkan karangannya berjodol "al-Ghuluw Dairah fil Irhab wa Ifsad al-Mujtama`".

Pada tanggal 11 Dzulqaidah 1424H, beliau mendapat kesempatan untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja, Amir Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz yang mana intipati ceramahnya, mengenai usaha menyatukan suara ulama dan menjalin persatuan dan kesatuan da’wah.


Pengiktirafan: Sumbangan beliau رضي الله عنه di bidang keilmuan dan pendidikan mendapat pengiktirafan daripada Universiti al-Azhar di mana beliau رضي الله عنه telah dikurniakan gelaran ‘Ustaziyyah’ atau ‘Professor’ pada tanggal 2 Shafar 1421 bersamaan 6 Mei 2000M.


Perhatian Ulama Kepada Karangannya - Kitab Mafahim: Sebuah kirab karangan beliau yang paling terkenal dimana lebih dari 40 orang ulama besar, seluruh dunia memberikan pujian, taqridhz dan taqdim bagi kitab tersebut. Antaranya:
  • Fadhilatusy Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf -  Mantan Mufti Mesir, Ulama Besar Mesir;
  • Al-‘Allamah al-Muarrikh al-Faqih Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Khazraji – Menteri Hal Ehwal Islam dan Waqaf Emiriah Arab Bersatu juga Mantan Qadhi Abu Dhabi
  • Syaikh Professor Dr. Muhammad at-Thoyyib an-Najjar – Mantan Rektor Universiti al-Azhar;
  • Professor Dr. Abu al-Wafa al-Taftazani – Wakil Universiti Qaherah
  • Fadhilatul Faqih al-Mufti Syaikh Muhammad bin ‘Abdurramhan Aal asy-Syaikh Abi Bakar bin Salim
  • Syaikh Imam Musa Dhaifullah – Anggota Perikatan Islam Sedunia dan Imam Negara Chad;
  • Samahah al-Imam al-‘Allamah al-‘Arifbillah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf – Imam Hadramaut (sekarang menetap di Jeddah);
  • Sayyid Abdullah Kanuun al-Hasani – Setiausaha Agong Perikatan Ulama Maghribi;
  • Dr. al-Husaini Abdul Majid Hasyim – Universiti al-Azhar;
  • Dr ‘Abdur Rauf Syalabi – Wakil al-Azhar asy-Syarif;
  • Sayyid Yusuf  Hasyim ar-Rifa`I, Kuwait;.
  • Dr. Abdul Fattah ‘Abdullah Barakah – Pusat Penyelidikan Islam Qaherah;
  • Dr. Ahmad Umar Hasyim – Mantan Ketua Jabatan Hadits dan Dekan Kuliah Ushuluddin, Zaqaziq;
  • Syaikh Muhammad as-Sanrawi – Ketua Pemeriksa  di al-Azhar dan Penasihat Agama di Negeri Fayyum, Mesir;
  • Syaikh Ahmad al-‘Awadh Madani – Qadhi Mahkamah Tinggi Sudan dan Pengerusi  Majlis Fatwa Syar’ie;
  • Al-‘Allamah al-Muhaddits  al-Muhaqqiq  al-Faqih Syaikh Muhammad asy-Syazuli an-Naifur - Tunisia;
  • Al-‘Allamah al-Faqih Syaikh Muhammad Faal al-Banaani - Mauritania;
  • Al-‘Allamah Syaikh Muhammad Salim bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Wadud ( 'Aduud) - Mantan Ketua Mahkamah Tinggi Republik Islam Mauritania;
  • Al-‘Allamah al-Faqih al-Muhaddits as-Sayyid Abdullah bin Muhammad  bin as-Siddiq al-Ghumari – Ulama Besar Maghribi;
  • Al-‘Allamah al-Muhaddits as-Sayyid ‘Abdul Aziz bin Muhammad  bin as-Siddiq al-Ghumari – Ulama Besar Maghribi;.
  • Sayyid Muhammad bin ‘Ali al-Habsyi – Pengerusi Pusat Islam Indonesia;
  • Sayyid Ibrahim bin Umar bin 'Uqail – Mufti Liwa Ta’iz, Yaman;
  • Maulana Muhammad Malik al-Kandahlawi – Syaikhul Hadits Universiti al-Asyrafiyyah Lahore, Pakistan;
  • Maulana Muhammad Ubaidulah al-Mufti – Timbalan Cancelor Universiti ‘Abdur Rahman, Pakistan;
  • Maulana Hamid Miyah bin Muhammad Miyah – Presiden Persatuan Ulama Pakistan;
  • Dr. Abdur Razzaq Iskandar – Pengarah Pelajaran dan Setiausaha Agung Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan;
  • Syaikh Muhammad Yusuf al-Banuri – Timbalan Pengarah Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan ;
  • Sayyid Muhammad ‘Abdul Qadir Azad – YDP Majlis Ulama Pakistan;
  • Syaikh Nafis al-Husaini - Pakistan;
  • Maulana Ali Ashghar – Khatib Wilayah Punjab, Lahore, Pakistan;
  • Maulana Muhammad Abdul Wahid – Khatib Jami’ Islam Wilayah Sailakut, Pakistan;
  • Professor Dr. Hasan al-Fatih Qaribullah – Rektor Universiti Umm Durman, Sudan;
  • Professor Ahmad Abdul Ghafur 'Athar – Makkah al-Mukarramah;.
  • Al-‘Allamah Syaikh Yusuf bin Ahmad as-Siddiq, Bahrain
  • Sayyid Ahmad bin Muhammad Zabbarah – Mufti Republik Yaman;
  • Syaikh Asad bin Hamzah bin ‘Abdul Qadir – Ulama Zabid, Yaman;
  • Sayyid Abdul Hadi 'Ujail - Yaman;
  • Syaikh Muhammad Hizam al-Muqrimi – Ta’iz, Yaman;
  • Syaikh Ahmad ‘Ali al-Washobi – Amil Wasiat, Mahkamah Zabid, Yaman;
  • Sayyid Muhammad bin Sulaiman – Mufti Zabid, Yaman;
  • Syaikh Abd Karim bin Abdullah - Yaman;
  • Syaikh Husain bin Abdullah al-Washobi - Yaman;
  • Sayyid Muhammad ‘Ali al-Baththah - Yaman;
  • Syaikh Muhammad Ali Mukarram – Mufti liwa al-Hadidah
  • Syaikh Muhammad bin ‘Ali al-Manshur – Pengetua Kolej-kolej Antarabangsa di San’aa, Yaman;
  • Muhammad ‘Aziz al-Rahman a-Haqqani al-Hazarawi – Khatib dan Imam Masjid as-Siqqid al-Akbar di Rawalpindi, Pakistan dan juga khalifah kepada al-‘Allamah al-Muhaddits Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi.
  • Syaikh Abu Zaid Ibrahim Sayyid -  Perunding Bahasa ‘Arab Republik Arab Mesir
  • Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahid Ahmad – Ulama al-Azhar
  • Al-‘Allamah Syaikh Husin Mahmud Mu’awwadh – Ulama al-Azhar
  • Syaikh Abdul Salam Jabran – Pengerusi Majlis ilmu Wilayah Marakesh, Maghribi.
Keperibadiannya: Beliau رضي الله عنه seorang yang tegas. Lidahnya fasih mengatakan kebenaran. Seorang yang pemurah. Seorang yang penyayang. Sangat memuliakan ilmu dan ulama. Beliau juga seorang yang sangat memulia dan membesarkan guru-guru beliau, serta sangat mengasihi murid-murid beliau. Murid-muridnya dianggap seperti anaknya sendiri. Beliau seorang yang zuhud dan wara’. Sentiasa melazimi sholat berjemaah dan sholat tahajjud.


Kewafatannya: Shubuh Jum’at 15 Ramadhan 1425H bersamaan 29 Oktober 2004M, sekitar jam 4.30 pagi waktu Makkah umat islam diseluruh dunia dikejutkan dengan berita kewafatan beliau. Beliau رضي الله عنه wafat setelah lebih kurang 2 jam setengah menamatkan kuliah terakhirnya bersama lebih daripada 600 orang muridnya. Seluruh masyarakat dunia yang mengenali beliau diselubungi rasa sedih yang mencengkam, menangisi pemergian beliau untuk selamanya. Dunia Islam kehilangan seorang ulama besar yang gigih menegakkan dan mempertahankan yang golongan ahli sunnah wal jamaah yang diwarisi dari zaman Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, ulama yang tidak mengenal letih dalam mendidik, mentarbiah, menyebarkan ilmu, berdakwah, sebagainya.


Jenazahnya pertama kali disholatkan di rumahnya di Rushaifah diimamkan oleh adindanya Sayyid Abbas. Kemudian di bawa ke Masjidil Haram dengan diiringi hampir 300,000 pencintanya, dan disholatkan dihadapan ka’bah oleh puluhan ribu, bahkan mungkin jutaan manusia yang berada di Masjidilharam dengan diimamkan oleh Imam Subayl.

Kemudian jenazahnya diiringi oleh lautan manusia ke tanah perkuburan Ma’ala untuk upacara pemakaman, sambil melaungkan kalimah tahlil dan takbir. Laluan-laluan ke perkuburan Ma’ala ditutup kepada kenderaan dek kerana dilimpahi oleh ratusan ribu pencintanya. Dikatakan lebih 500 orang tentera dikerah untuk mengawal lautan manusia yang mengiringi jenazahnya ke perkuburan Ma’ala. Jenazahnya disemadikan disebelah ayahandanya yang tercinta. Manakala diseluruh pelusuk dunia pula, umat Islam tidak putus-putus mengadakan sholat ghaib untuk beliau ….. ini bermakna jutaan kaum muslimin yang mengsholatkannya. Allahu Allah. Satu kemuliaan yang Allah berikan kepada ulama yang berjasa ini. Setelah kewafatannya, tempat beliau diganti oleh ananda beliau Sayyid Ahmad bin Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas al-Maliki al-Hasani.


Perginya beliau رضي الله عنه tiada gantinya. Hadits memberitahu …. Daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim(Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)


Hadits daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:

Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)


Semoga Allah Ta’ala mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama junjungan besar kita, nendanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Semoga Allah Ta’ala juga membalas jasa beliau atas segala jasa yang dicurahkan oleh beliau kepada umat Islam.



Moga-moga dengan mengingati dan mengasihi ulama besar ini, al-Faqir berharap, kelak beroleh syafaat darinya dan terlebih lebih lagi dari Datuknya, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Itulah harapan ambo yang faqir ini.

أحب الصالحين ولست منهم - لعلي أن أنال بهم شفاعة

Kasih aku akan segala orang yang shalih, dan tiada aku daripada mereka itu mudah-mudahan bahawa mendapat aku dengan mereka itu akan syafa' at.

*******************
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah Ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya.

Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian.



الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح سيدنا الحبيب محمد بن علوي المالكي الحسني

Sekadar inilah yang mampu al-Faqir kongsikan bersama. Seandainya terdapat kesalahan atau kesilapan, al-faqir memohon jutaan kemaafan.



Sekian dari,
al-faqirilaLlah abu zahrah
taman seri gombak
selesai pada 11 ramadhan 1430H.



Rujukan:
  • Ath-Tholi’ as-Sa’iid al-Muntakhib Min al-Musalsalaat wa al-Asaaniid oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maaliki al-Hasani
  • Al-‘Iqdul Fariid al-Mukhtasor Min al-Atsbaat wa al-Asaaniid oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maaliki al-Hasani
  • Al-Maliki Ulama Rabbani Abad Ke-21 oleh Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki [buku ini sangat bagus untuk dimiliki  kerana memaparkan biografi Abuya Maliki dengan terperinci)
  • Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani رحمه الله تعالى : Sejarah Hidup Dan Dasar-dasar Pemikirannya oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki.
  • Dan lain-lain

Rebutlah Peluang Sebelum Terlambat, Mungkin Inilah Ramadhan Terakhir Kita

$
0
0
2/3 Ramadhan telah berlalu, maka tinggallah 1/3 yang terakhir, iaitu 10 hari terakhir. 1/3 inilah yang merupakan puncaknya Ramadhan kerana dicelah-celahnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari 1,000 bulan. Bagi mereka yang kental imannya, inilah masa mereka untuk pulun …. Kalau di Makkah, Madinah,  Hadramaut khususnya Tareem al-Ghanna dan lain-lain negara ‘Arab, 10 terakhir inilah masjid-masjid sesak dengan para jemaah beribadat, beri’tikaf …. Berbanding dengan kat tempat kita di Malaysia ni, masjidnya penuh di awal Ramadhan, manakala diakhirnya makin berkurang dan lengang. Yang penuhnya adalah bazar-bazar Ramadhan, gedung-gedung membeli belah ……. Jom kita pakat ubah tradisi ini. Kita lupakan tentang hariraya dan persiapan untuknya kerana menurut kata sebahagian orang-orang sholeh, hakikat hariraya itu adalah orang yang bertambah keta’atannya dan diampuni dosa-dosanya.

ليس العيد لمن لبس الجديد –إنما العيد طاعته تزيد
ليس العيد لمن تجمل بالملبوس والمركوب –إنما العيد غفرت له الذنوب
ليس العيد لمن أكل الطيبات وتمتع بالشهوات واللذات –لكن العيد لمن قبلت توبته وبدلت سيئاته حسنات
Bukanlah hariraya itu bagi orang orang yang memakai persalinan baru, tetapi hariraya itu adalah bagi orang yang keta’atannya bertambah.
Dan bukanlah hariaraya itu bagi orang yang berhias dengan persalinan dan tunggangannya, tetapi hariraya itu adalah bagi orang yang telah diampun baginya dosa-dosanya (oleh Allah Ta’ala)
Dan bukanlah hariraya itu bagi orang yang yang baik-baik dan bersedap-sedap dengan segala keinginan dan kelazatan, akan tetapi hariraya itu adalah bagi orang yang diterima taubatnya dan digantikan kejahatan dengan kebaikan
 

Manakala Guru Mulia al-Habib Zein BinSumaith حفظه الله ورعاهberkata:
العيد الحقيقي إنما هو رمضان
  Sesungguhnya hariraya yang hakiki itu adalah bulan RAMADHAN

Nah, hanya tinggal 9 atau 10 hari untuk merebut ganjaran Ramadhan, bahkan di 10 yang terakhir inilah yang terlebih utamanya. Jom kita penuhkan masjid-masjid kita! Jom beri'tikaf! Jom berqiyam!

Firman Allah Ta’ala:


Ertinya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!(Surah al-Qadar: 1 – 5)

Malam tersebut adalah malam yang penuh dengan keberkatan, sepertimana firmanNya:

إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَـٰرَ‌كَةٍ

Ertinya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat. (Surah ad-Dukhan: 3)

Maka barangsiapa yang beribadat dan menghayati malam yang penuh berkat ini nescaya dia beroleh keampunan dari Allah Ta’ala. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Ertinya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه daripada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, Baginda صلى الله عليه وآله وسلمtelah bersabda: Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu dan barangsiapa yang mendirikan akan  lailatul qadar (dengan amal ibadah) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.(Hadits riwayat Ahmad, al-Bukhari dan lain-lain)

Di sepuluh malam terakhir dari Ramadhan, Junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلمlebih bersungguh-sungguh dalam beribadat.



قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا :كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ .

Ertinya: Telah berkata Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها: Adalah Rasulullahصلى الله عليه وآله وسلمbersungguh-sungguh memperbanyakkan ‘amal ibadat pada 10 malam yang terakhir (dari bulan Ramadhan) berbanding dengan masa yang lain(Hadits riwayat  Ahmad, Muslim, Ibnu Majah dan lain-lain)

Baginda صلى الله عليه وآله وسلمjuga menyeru, menyuruh umatnya agar lebih bersungguh-sungguh di 10 terakhir Ramadhan ini sepertimana sabda Baginda صلى الله عليه وآله وسلم:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ : تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Ertinya: Daripada Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنهاbahawalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلمtelah bersabda: Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Hadits riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim,Abu Daud dan lain-lain)

عن عبادة بن الصامت: أنه سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ليلة القدر، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم:  في رمضان، التمسوها في العشر الأواخر؛ فإنها في وتر إحدى وعشرين، أو ثلاث وعشرين، أو خمس وعشرين أو سبع وعشرين، أو تسع وعشرين، أو في آخر ليلة

Ertinya: Daripada Sayyidina Ubadah bin ash-Shomit رضي الله عنهbahwasanya beliau telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلمmengenai Lailatul Qadar. Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلمmenjawab: Ianya di dalam bulan Ramadhan, pada 10 yang terakhir, dan bahwasanya ia terjadi pada malam yang ganjil samada malam 21, 23, 35, 27 dan 29 atau pada malam terakhir Ramadhan.(Hadits riwayat Imam Ahmad. Berkata al-Hafidz Ibn Hajar, para perawi hadits ini tsiqah).

Dalam hadits lain yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah, Ibn Jarir, Muhammad bin Nashr dan Ibnu Mardawaih, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلمbersabda:

اطلبوا ليلة القدر في العشر الأواخر.

Ertinya: Carilah kalian akan Lailatul Qadar pada 10 yang akhir (dari Ramadhan).(Dur al-Mantsur)

Maka untuk itulah para ulama, berdasarkan hadits-hadits Nabi صلى الله عليه وآله وسلمdan pengalaman para salaf serta dari pengalaman mereka sendiri telah merumuskan jadual dalam menentukan malam yang penuh barokah ini, agar mudah untuk memberi tumpuan kepadanya.


Pun begitu jadual ini adalah sekadar panduan. Bagi mereka yang bersungguh-sungguh beribadat pada 10 malam yang terakhir, dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka mereka akan mendapat ganjaran besar pada malam tersebut. Dan bagi mereka yang terpilih untuk mengetahui malam tersebut dengan disingkapkan tanda-tandanya, maka itu adalah kurniaan yang sangat besar kepadanya.

Imam as-Sayuthi menyebut sebuah hadits di dalam tafsirnya berjudul Dur al-Mantsur:

وأخرج أحمد وابن جرير ومحمد بن نصر والبيهقي وابن مردويه عن عبادة بن الصامت أنه سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ليلة القدر فقال:في رمضان في العشر الأواخر فإنها في ليلة وتر في إحدى وعشرين، أو ثلاث وعشرين، أو خمس وعشرين، أو سبع وعشرين، أو تسع وعشرين، أو آخر ليلة من رمضان من قامها إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه، ومن أماراتها أنها ليلة بلجة صافية ساكنة ساجية لا حارة ولا باردة، كأن فيها قمراً ساطعاً، ولا يحل لنجم أن يرمى به تلك الليلة حتى الصباح، ومن أماراتها أن الشمس تطلع صبيحتها لا شعاع لها، مستوية، كأنها القمر ليلة البدر، وحرم الله على الشيطان أن يخرج معها يومئذ.

Ertinya: Dan telah mengeluarkan Ahmad, Ibnu Jarir, Muhammad bin Nashr, al-Baihaqi dan Ibnu Mardawaih daripada Sayyidina Ubadah bin ash-Shomit رضي الله عنهbahwasanya beliau telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلمmengenai Lailatul Qadar. Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلمmenjawab: Ianya di dalam bulan Ramadhan, pada 10 yang terakhir, dan bahwasanya ia terjadi pada malam yang ganjil samada malam 21, 23, 35, 27 dan 29 atau pada malam terakhir Ramadhan. Barangsiapa yang mendirikan ‘Lailatu Qadar’ (untuk beribadah) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. Di antara tanda-tandanya adalah malam itu keadaannya terang, bersih, tenang, sunyi, tidak panas, tidak dingin, seolah-olah disitu ada bulan bercahaya, tidak ada bintang (seperti panah api) yang dilemparkan pada malam itu sehingga pagi. Daripada tanda-tandanya juga bahawa  pada pagi hari itu, matahari terbit tanpa pancaran sinar, bagaikan bulan purnama. Pada hari itu Allah mengharamkan syaithan keluar bersamanya.


Syeikh ‘Abdullah Basmeih, menyebut di dalam kitab Mastika Hadith Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Selain itu para ‘alim ulama juga ada menyebut beberapa tanda atau ‘alamat berhubung dengan ‘Lailatul Qadar’ iaitu:

  • Ada yang berkata: Orang yang menemui  ‘Lailatul Qadar’, ia melihat nur yang terang benderang di segala tempat, hatta segala ceruk yang gelap gelita
  • Ada pula yang berkata: Ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari malaikat
  • Ada juga yang berkata: Ia melihat segala benda (termasuk pohon-pohon kayu) rebah sujud
  • Ada pula yang berkata: Doa permohonannya makbul.

Imam al-Tabari رحمه الله memilih ‘qaul’ yang menegaskan: Bahawa semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya ia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan “melihat atau mendengarnya” untuk menemui malam 'Lailatul Qadar'. (al-Fath al-Rabbani 10:296)


Yakni yang penting ialah ta’at mengerjakan ‘amal bakti kerana Allah semata-mata, kerana balasannya tetap terjamin dan akan dinikmati di dunia dan akhirat. tamat petikan dari Mustika Hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, Jilid 3 -

Seandainya bertemu  ‘Lailatul Qadar’ maka perbanyakkanlah membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلمkepada Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها  iaitu:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
 
sekian dari al-fagir ila ‘afwi rabbih abu zahrah al-qadahi
ahad, 19 ramadhan 1434 bersamaan 28 julai 2013
taman seri gombak, selangor darul ehsan

سلامت هاري راي

Viewing all 32 articles
Browse latest View live